Monday, July 16, 2018

LAKSA SARAWAK



Laksa Sarawak berasal dari Negeri Sarawak, laksa sawarak amat terkenal di zaman dahulu lagi dan di kenali diseluruh Malaysia dengan kesedapan kuah laksa nya, kelembutan mee hoon, udang segar, kelembutan isi ayam dan kepedasan kuah yang cukup di minati ramai.

NASI KERABU

Nasi kerabu dikenali dari kelantan. Istimewa nya nasi ini berwarna biru. Nasik kerabu di hidangankan dengan nasi, ulam, sambal santan, sambal tumbuk, budu, keropok, telur masin, ikan goreng celup tepung dan ayam percik.

CENDOL

Cendol sedap di makan ketika cuaca panas kerana dengan kesejukan ais kisar dengan ramuan asas cendol terdiri darpada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, jagung dan lain-lain bergantung pada selera masing-masing.

ROJAK CAMPUR

Rojak campur adalah makanan yang sering di makan waktu pagi mahupun waktu petang. Rojak campur di makan dengan petis yang di campur dengan buah nanas di potong dadu, timun di potong kecil, tauhu goreng dan kacang yang di kisar halus.

ROJAK AYAM

Rojak Ayam semesti di ketahui oleh seluruh Malaysia. Rojak Ayam di kenali dengan isi ayam goreng yang di potong kecil, tauge yang telah di rebus, tauhu goreng, timun yang di potong halus memanjang, telur rebus dan kuah kari nya yang pekat.

NASI DAGANG

Nasi dagang makanan berasal dari negeri Kelantan dan Terengganu. Nasi dagang di kenali dengan kelembutan nasi santan nya dan di sajikan dengan ikan tongkol masak kari resepi rempah berasal dari negeri kelantan dengan terengganu.

MEE JAWA

Mee Jawa amat di terkenal di Sarawak. Mee Jawa sering di makanan di waktu makan pagi. Ia amat di minati orang ramai dengan kelembutan mee kuning nya, kuah nya yang pekat dan menyelerakan. Mee jawa di makanan dengan tauhu goreng, tauge, daun sup, telur rebus dan boleh di makan dengan satay ayam/daging dengan kuah satay kacang.

NASI KANDAR

Nasi Kandar Asal nya di kenali di utara Malaysia. Ia amat papulor di Pulau Pinang dengan nasi kukus nya yang lembut dan harum. Nasi kandar seperti nasi campur, ia di makan dengan pelbagai lauk mengikut selera masing-masing. Nasi kandar di makan dengan ayam berempah atau ayam goreng, daging, makanan laut berkuah kari, sayur-sayuran, telur goreng mata, dan kuah kari nya yang banjir di atas nasi kukus.

PHOTO SHOOT

Edit menggunakan aplikasi yang dimuatnaik melalui App Store

DIRI SAYA

NAMA: MUHAMAD HAZIQ BIN ABDUL RHANI
NO MATRIK: 257520
SABJEK: STID1103 APLIKASI KOMPUTER