Monday, July 16, 2018

LAKSA SARAWAK



Laksa Sarawak berasal dari Negeri Sarawak, laksa sawarak amat terkenal di zaman dahulu lagi dan di kenali diseluruh Malaysia dengan kesedapan kuah laksa nya, kelembutan mee hoon, udang segar, kelembutan isi ayam dan kepedasan kuah yang cukup di minati ramai.

NASI KERABU

Nasi kerabu dikenali dari kelantan. Istimewa nya nasi ini berwarna biru. Nasik kerabu di hidangankan dengan nasi, ulam, sambal santan, sambal tumbuk, budu, keropok, telur masin, ikan goreng celup tepung dan ayam percik.

CENDOL

Cendol sedap di makan ketika cuaca panas kerana dengan kesejukan ais kisar dengan ramuan asas cendol terdiri darpada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, jagung dan lain-lain bergantung pada selera masing-masing.

ROJAK CAMPUR

Rojak campur adalah makanan yang sering di makan waktu pagi mahupun waktu petang. Rojak campur di makan dengan petis yang di campur dengan buah nanas di potong dadu, timun di potong kecil, tauhu goreng dan kacang yang di kisar halus.

ROJAK AYAM

Rojak Ayam semesti di ketahui oleh seluruh Malaysia. Rojak Ayam di kenali dengan isi ayam goreng yang di potong kecil, tauge yang telah di rebus, tauhu goreng, timun yang di potong halus memanjang, telur rebus dan kuah kari nya yang pekat.